Tuesday, September 13, 2011

Misti cube... popia goreng



Musim raya, aku bosan ngan masak mee goreng untuk tetamu. Apa kata, minggu ni aku buat stok popia. Bila ada tetamu, aku tinggal goreng jek. Jom try..
sumber: www.jintanmanis.com

Bahan-bahannya
15 keping kulit popiah
150gram udang yang telah dibuang kulit ( boleh ganti dgn isi ayam atau daging)
200gram tauge ( kira satu paket tu lah)
1 biji telur
1/2 batang carrot
1/2 batang timun
1/2 cawan mix vegetable
2 ketul tauhu goreng
lada sulah
1/4 biji bawang besar

Cara-caranya
1. Bawang besar dan isi udang dicincang halus, kemudian timun dan carrot di hiris bentuk anak mancis, kira nipis-nipis lah, tauhu goreng di potong kecil bentuk kiub serta pukul telur sedikit menggunakan garpu.
2. Kemudian panaskan minyak dan tumis bawang besar tadi hingga layu, masukkan isi udang dan hirisan carrot, kacau sebati dan biarkan sebentar, selepas itu masukkan mix vegetable kacau lagi, di dalam kuali yang same, ketepikan semua bahan dan curahkan telur, biarkan telur masak dan hancurkan. Gaul sebati.
3. Akhir sekali masukkan tauhu dan tauge, sesuaikan rasa, masukkan garam dan lada sulah, pastikan inti popiah ini tidak mengandungi air, dan sejukkan sebelum digulung. Gunakan bancuhan tepung gandum dicampur dgn sedikit air ( seperti pes) untuk digunakan sebagai pelekat bagi proses akhir penggulungan popiah ini nanti.
4. Letak inti di tengah kulit popiah dan lipat seperti biasa, goreng dengan minyak yang banyak dan pastikan minyak betul-betul panas.