Monday, August 22, 2011

Misti cube: Rasam

Waaa.. bersemangat aku cari resipi. Semalam create blog, dah ber resipi-resipi aku post. Sementara semangat masih ada...
Rasam ni feberet aku. Dulu time lepak umah Mak Uda, dia rajin buat. Sedappp. Sup india. Mak ada gak buat dulu sebab aku suka. Siap mintak resipi kat Mak Uda. Baru-baru ni, kitorang mengimbau balik resipi ni. Mak dah lupa. Aku? Heheheh...tak tau cam mana nak lupa. Ni baru aku teringat nak cari kat tenet.

Bahan-bahan:
1 biji Tomato - dibelah kasar
2 tangkai  Daun Kari
1 biji Bawang Besar
2 ulas Bawang Putih
2 biji Cili Kering
1/2 cawan Air Asam Jawa
1 sudu kecil Serbuk Kunyit
2 sudu besar Serbuk Lada Hitam
1 sudu besar Jintan Putih
1/2 sudu besar Serbuk Jintan Manis
Air secukupnya
Minyak sedikit untuk menumis
Garam secukup rasa
(Mak Uda dan Mak aku pecahkan telur masa nak mendidih)

Cara-cara
Tumbuk hancur jintan putih, lada hitam, serbuk jintan manis, bawang putih dan bawang merah.
Di dalam mangkuk, campurkan bahan ditumbuk bersama air, serbuk kunyit, garam dan air asam jawa. Kacau rata.
Tumis cili kering dan daun kari hingga naik bau.
Masukkan campuran bahan tadi dan tomato.
Biar mendidih dan hidang


Tima kasih kat... http://www.trymasak.my/resepi/video/Rasem

Dah cube: Kuih Bakar Nek Besah

Aku teringin makan kuih ni. Keluarga Mak aku wajib ada kuih ni bila ada kenduri kendara atau hantaran. Almaklum, trademark orang Melaka. Makcik aku kat kampung slalu order kuih ni. Hmm.. aku nak buat sendiri. Mana tau, lagi sedap. Heheheh. Setakat ni baru dua kali aku buat. jadi. Cubaan pertama, amatla manis sebab aku ikut betol resipi. Yang kedua, aku kurangkan gula dari 2.5 cawan ke 1 cawan. dan aku ikut sukatan aku sebab kalau ikut resipi asal (kat bawah ni) kuantitinya agak banyak. Ngeri aku. Heheh. Dan aku try resipi ikut stok yang ada.

Resipi asal
Bahan:
1 mangkuk telur
1 mangkuk tepung gandum
1 mangkuk santan
2 1/2 mangkuk gula pasir (kalu manis sangat, boleh kurang jadi 2 mangkuk jer)
Jintan manis - i letak lebih kurang 2 - 3 sudu besar (digesek2 ngan lesung batu - blend pun boleh)
Kulit kayu manis - i letak serbuk kulit kayu manis lebih kurang 3-4 sudu besar (jangan banyak sangat,takut terpahit...boleh gak blend sekali ngan jintan manis)
5-7 helai daun pandan - kisar n ambil airnya
Daun limau purut - i letak lebih kurang 5-6 helai (blend n ambil airnya)

Cara:
Gaul semua bahan sehingga sebati,pastikan tepung tidak berketul2 dan biarkan 2 jam. Kemudian bakar dalam acuan kuih bakar.
** bakar dalam oven 175-180'C selama lebih kurang 60 min.


*****

Resipi aku

Bahan-bahan yang sama aku gunakan cuma kuantiti aku kurang atau lebih kan. Cubaan yang kedua, sukatan aku ikut telur. Stok telur tinggal 8 biji. Aku guna 5 biji telur. Lebih kurang 3/4 cup. Jadi apa-apa yang 1 mangkuk tu, aku jadikan 3/4 cup. Untuk gula, aku guna 3/4 cup juga. Resipi sukatan sendiri ni jadi. Tak keras dan tak lembik. Senang untuk orang yang cam aku. Hik.. hik..hikkk


Bahan-bahan:
3/4 mangkuk telur
3/4 mangkuk tepung gandum
3/4 mangkuk santan
3/4 mangkuk gula pasir
1 sudu kecil (paras) serbuk jintan manis
1 sudu kecil (paras) serbuk kulit kayu manis
5 helai aun pandan
5 helai daun limau purut
Bijan

*Daun pandan dan daun limau dikisar sekali. Tapis.
*Kelapa parut dikisar. Air daun pandan+limau sebagai ganti air untuk dapatkan santan kelapa.

Cara:
  1. Campurkan semua bahan hingga sebati.
  2. Tapis untuk hilangkan ketul-ketul.
  3. Campuran dibiar 2 jam atau lebih.
  4. Masukkan dalam loyang.
  5. Tabur bijan.
  6. Bakar dalam oven 175-180'C selama lebih kurang 60 min
Tima kasih kat... http://bungamekar.fotopages.com


Sunday, August 21, 2011

Misti cube: Ayam masak halia


Semalam aku balik kampung, berbuka puasa. Yana masak Daging Masak Halia yang asalnya Ayam Masak Halia tapi bila aku tengok tenet, kebanyakan resipi berbeza dari dia punya. Bahan-bahan yang Yana guna: Halia, Bawang putih, Lada hitam dan air asam sikit. Bawang merah? Hmm letak la kot sikit. Bahan-bahan ni dia bagitau, tumbuk sekali. Kalau guna ayam, Yana goreng dulu. Kalau daging, rebus dulu.Sedappppnyer. Resipi kat bawah ni pon ok gak.

Resipi 1


Bahan-bahannya:
500 gm isi ayam
1 ulas bawang besar( potong besar)
2 ulas bawang putih, cingcang halus/ketuk2 je.
Halia sebesar ibujari dipotong panjang2
3-4 biji cili api - ketuk
3 sudu kecil kicap cair
1 sudu kecil minyak bijan
garam secukup rasa

Caranya:
Gaul ayam dengan kicap dan minyak bijan- perap sebentar
Panas minyak, tumis bawang putih dan halia kemudian
masukkan isi ayam dan tunggun ayam hingga garing sikit
masukkan bawang besar dan cili api, kalau nak halia lebih
mas ni boleh tambah halia lagi.

Tima kasih kat... http://amalbizblog.blogspot.com

 *****

Resipi 2


Bahan-bahan:
1) ayam (peha), dibuang kulit & lemak ( 600 g (5 ketul) )
2) asam jawa, diperah dengan 1/2 cawan air (10 g (1 sudu makan) )
3) serbuk kunyit ( 5 g (1 sudu teh) )
4) lada sulah (5 g (1 sudu teh) )
5) garam (3 g (1/2 sudu teh) )
Dikisar:
1) halia ( 30 g (6 sm) )
2) bawang putih (30 g (6 ulas) )
3) bawang besar ( 125 g (2 biji saiz sederhana) )
Bahan hiasan:
1) bawang besar, dipotong bulat (2 sederhana )
2) halia, dihiris nipis (10 g (2 sm) )
3) lobak merah, dipotong panjang (1 batang)
4) cili merah, dipotong panjang (1 biji)
5) cili hijau, dipotong panjang (1 biji)

Cara-cara
1. Perap ayam dengan bahan yang telah dikisar, serbuk kunyit, halia dan lada sulah selama 15 minit.
2. Kemudian masukkan kesemua bahan tersebut ke dalam periuk yang bertutup dan masak selama 20 minit dengan api yang sederhana.
3. Masukkan air asam jawa dan masak sehingga pekat.
4. Hias dan hidangkan.

Tima kasih kat... http://www.trymasak.my/sihat/resepi.php?video=Ayam%20halia

Dah cube: Air soya

Air soya dah banyak kali aku buat. Cuma sejak kedai kat pasar Pandaramaran Klang tak ada stok, aku berenti buat air soya. Sukatan, aku agak-agak je. Sumber resipi, aku cari dalam youtube. Macam-macam teknik ada. Ikut selesa masing-masing.

Anggaran masa penyediaan: 7 jam ketas.


Bahan-bahan:

Daun pandan
Kacang soya (kacang lama akan rosakkan rasa air soya)
Gula
Air

Cara-cara:
  1. Rendam kacang soya sampai kembang. Anggaran minimum 5 jam. Tukar air bila air rendaman bau tak sedap. Setiap 2 atau 3 jam. Kalau tak tukar, air soya cepat basi.
  2. Blender kacang bila cukup kembang. 1/3 kacang dan 2/3 air skali blender.
  3. Tuang dalam periuk.
  4. Masak bahan blender dengan api sederhana. Kacau sekali sekala. 
  5. Bila air mula suam, buang buih-buih soya dibahagian atas. Masukkan daun pandan.
  6. Air akan membuak selepas gelegak pertama. Kerap kacau untuk kurangkan pembuakan. Tambah gula secukup rasa.
  7. Pada anggaran 15 atau 20 minit, tutup api.
  8. Biar agak sejuk, tapis pertama dengan penapis biasa (tapis santan kelapa) untuk menapis kacang yang hancur besar. Biar mendakan soya ke bawah bekas. Kalau boleh, elakkan air terkena jari atau kulit.
  9. Guna kain atau tapis kain 'teh tarik' untuk tapisan kedua. Perlahan-lahan tuang ke bekas lain untuk elak mendak kacang tapisan pertama bercampur air. Teknik untuk mudahkan proses tapisan. Juga, elakkan air terkena jari atau kulit.
  10. Masak sekali lagi jika air soya kerap terkena jari atau kulit, dan air tahan basi lebih lama.




Mari kita mulakan..

As salam

Ni la post yang pertama. Aku mulakan dengan menu yang simple-simple sebab aku ni kategori 'budak baru blaja' masak. Lama-lama nanti menu orang pandai lak. Insyallah.
    Aku memang tak berapa pandai masak sebab aku ni 'dimanjakan' dengan Mak masak. Aku tau makan. Bila Mak kat dapur masak, aku kat depan tukang kemas umah. Aku minat masak, menjahit dan kerja-kerja tangan. Tapi sebab Mak dah masak (dan Mak tak berapa suka makan orang lain masak), aku tak la hadirkan diri ke dapur untuk masak untuk semua orang. Bila dah berumahtangga ni, baru aku hadirkan diri ke dapur. Hmm.. oleh sebab aku orang baru kat dapur, aku akan pilih menu-menu yang simple. Nasib baik suami aku tak cerewet dan tak terlalu memaksa aku ke dapur. Tapi sebab tanggungjawap isteri, aku misti laksanakan tanggungjawap dengan ikhlas.

    Dari kecik aku curi-curi masak time Mak tak ada rumah. Lepas tu aku kasi arwah Ayah makan. Yang paling aku ingat, aku masak cekodok. Ayah cakap, sedappp. Hehehh, kasi semangat kat aku. Mak bising-bising. Pas tu slalu aku masak sampai bila aku tak ada, ayah sendiri yang masak cekodok resipi aku.Mak pulak, cam geli nak makan aku masak. Cuit-cuit.. kais-kais. Ye laaa... otai mana nak makan orang yang baru nak masak. Heheh. Sebab tu aku malas nak masak bila Mak ada. Tapi ni semua semangat untuk aku, "masak sampai Mak boleh makan habis". Tapi sejak aku kawin, Mak dah boleh makan habis. Laling aku bagi semangat juga. Dia terror gak masak. Kekadang kutuk gak aku. Ampesssss

    Setakat ni, ada beberapa resipi dari blogger dan local website yang aku dah cuba. Menjadi. Smue yang simple dan bahan-bahan mudah dapat. Sekali cuba, agak kureng. Kena berkali-kali baru ok. Blog ni juga kegunaan untuk aku yang selalu cicir resipi-resipi. Situ sana sini aku simpan. Bila nak guna baru aku teraba-raba. Cam baru-baru ni, resipi kuih bakar. Hmmm puas aku cari, rupanya aku letak kat bakul alat-alat menjahit aku. Nak gi kat website, broadband dah kena hambik oleh pencuri handbag aku. Skali kamera. Jadi buat masa ni, aku pinjam pic. original. Dah ada blog ni, senang aku longgokan resipi-resipi yang menarik-tertarik, resipi yang bakal aku cuba dan yang dah cuba. Semoga, impian aku untuk pandai masak akan terlaksana :)