Monday, August 22, 2011

Dah cube: Kuih Bakar Nek Besah

Aku teringin makan kuih ni. Keluarga Mak aku wajib ada kuih ni bila ada kenduri kendara atau hantaran. Almaklum, trademark orang Melaka. Makcik aku kat kampung slalu order kuih ni. Hmm.. aku nak buat sendiri. Mana tau, lagi sedap. Heheheh. Setakat ni baru dua kali aku buat. jadi. Cubaan pertama, amatla manis sebab aku ikut betol resipi. Yang kedua, aku kurangkan gula dari 2.5 cawan ke 1 cawan. dan aku ikut sukatan aku sebab kalau ikut resipi asal (kat bawah ni) kuantitinya agak banyak. Ngeri aku. Heheh. Dan aku try resipi ikut stok yang ada.

Resipi asal
Bahan:
1 mangkuk telur
1 mangkuk tepung gandum
1 mangkuk santan
2 1/2 mangkuk gula pasir (kalu manis sangat, boleh kurang jadi 2 mangkuk jer)
Jintan manis - i letak lebih kurang 2 - 3 sudu besar (digesek2 ngan lesung batu - blend pun boleh)
Kulit kayu manis - i letak serbuk kulit kayu manis lebih kurang 3-4 sudu besar (jangan banyak sangat,takut terpahit...boleh gak blend sekali ngan jintan manis)
5-7 helai daun pandan - kisar n ambil airnya
Daun limau purut - i letak lebih kurang 5-6 helai (blend n ambil airnya)

Cara:
Gaul semua bahan sehingga sebati,pastikan tepung tidak berketul2 dan biarkan 2 jam. Kemudian bakar dalam acuan kuih bakar.
** bakar dalam oven 175-180'C selama lebih kurang 60 min.


*****

Resipi aku

Bahan-bahan yang sama aku gunakan cuma kuantiti aku kurang atau lebih kan. Cubaan yang kedua, sukatan aku ikut telur. Stok telur tinggal 8 biji. Aku guna 5 biji telur. Lebih kurang 3/4 cup. Jadi apa-apa yang 1 mangkuk tu, aku jadikan 3/4 cup. Untuk gula, aku guna 3/4 cup juga. Resipi sukatan sendiri ni jadi. Tak keras dan tak lembik. Senang untuk orang yang cam aku. Hik.. hik..hikkk


Bahan-bahan:
3/4 mangkuk telur
3/4 mangkuk tepung gandum
3/4 mangkuk santan
3/4 mangkuk gula pasir
1 sudu kecil (paras) serbuk jintan manis
1 sudu kecil (paras) serbuk kulit kayu manis
5 helai aun pandan
5 helai daun limau purut
Bijan

*Daun pandan dan daun limau dikisar sekali. Tapis.
*Kelapa parut dikisar. Air daun pandan+limau sebagai ganti air untuk dapatkan santan kelapa.

Cara:
  1. Campurkan semua bahan hingga sebati.
  2. Tapis untuk hilangkan ketul-ketul.
  3. Campuran dibiar 2 jam atau lebih.
  4. Masukkan dalam loyang.
  5. Tabur bijan.
  6. Bakar dalam oven 175-180'C selama lebih kurang 60 min
Tima kasih kat... http://bungamekar.fotopages.com


2 comments:

  1. Semalam Kak Ida tanya, 'asal kuih ko tak naik?' Haaa... kena naik cam kek ke. Ye ke.. naper diorang tukang bagi resipi tak cakap kena pukul kembang cam wat kek. Jap... jap aku check.

    ReplyDelete
  2. Aku dah check resipi-resipi dari tukang kasi resipi ni. Kebanyakannya tak de lak suruh kasi kembang. Ada 1 resipi tu tambah yis & soda bikarbonat. Tapi rasa x best (komen tukang try). Aku teruskan je la resipi ni. Mungkin loyang aku guna besar dari kuantiti adunan aku. Pas ni aku buat 10 biji telur laa, nampak penuh dan tinggi sikit. Heheheh

    ReplyDelete